Monday, June 18, 2012


Murid dan Alam Belajar ialah salah satu kursus yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Subjek ini merupakan salah satu daripada subjek yang terkandung dalam Kursus Pengajian Profesional yang menjadi kursus teras program dalam PISMP. Kursus ini membincangkan isu-isu pendidikan dan cabaran  semasa; tanda-tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid dan guru serta cara-cara menanganinya; inovasi dalam pendidikan  serta pengurusan perubahan.